Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa kesal dengan Perhimpunan Agung Umno kali ini kerana menyifatkan ia sebagai kurang terbuka dan tidak menyeronokkan.

"Saya kesal ia kurang terbuka. Seperkara tentang perhimpunan ini ialah ia sesuatu yang sangat menyeronokkan.

"Orang hadir, mencetuskan idea dan tahu yang mereka berbuat sesuatu untuk negara," katanya kepada pemberita di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam hari ini.

Pemimpin veteran Umno itu berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan tersebut serta sekatan yang dikenakan terhadap media yang tidak dibenar melaporkan perbahasan perwakilan sewaktu ia berlangsung.

“Saya kesal ia (AGM) kini kurang terbuka. Salah satu perkara tentang mesyuarat agung Umno, (adalah) ia adalah satu perkara yang sangat menyeronokkan.

“Ramai yang datang memberi idea dan bertukar-tukar pandangan bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk negara,” katanya kepada pemberita di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam hari ini.

Bekas presiden Umno itu berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung beberapa sekatan kepada pihak media tertentu dalam membuat liputan semasa perhimpunan itu.

Pusingan U

Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Khamis lalu berkata liputan media untuk Perhimpunan Agung Umno bulan depan akan dihadkan.

Tengku Adnan mendakwa keputusan itu, yang pertama seumpamanya, kerana portal berita dalam talian mempunyai kecenderungan untuk memutar-belitkan berita.

Bagaimanapun sehari kemudian beliau membuat pusingan ‘U’ dengan mengesahkan Perhimpunan Agung Umno akan datang bebas daripada sebarang sekatan liputan media.

Katanya, beberapa media tertentu termasuk yang dihalang masuk ke PWTC sempena perhimpunan pada tahun lalu akan disekat dan ada yang akan dikenakan syarat lebih ketat.

"Liputan media berjalan seperti biasa. Cuma kita tidak mahu ada media yang putar belit fakta dan laporan. Perbuatan mereka itu akan membuatkan ada pihak yang terasa hati dan sensitif dengan laporan mereka,” katanya.

Sejak lima tahun lalu, Malaysiakini adalah antara media yang dilarang menghadiri perhimpunan itu.

Mengenai ucapan penggulungan oleh timbalan presiden seperti kelaziman pada perhimpunan agung itu, Tengku Adnan berkata ia masih belum diputuskan sama ada dilakukan atau tidak.

Lihat Komen
ADS