Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM bentang persempadanan semula bahagian p'raya S'wak
Diterbitkan:  Dec 2, 2015 12:23 PM
Dikemaskini: 6:30 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan usul mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak di Dewan Rakyat, yang menyaksikan cadangan tambahan 11 bahagian bagi negeri.

Bagi Bahagian Pilihan Raya Persekutuan, tiada perubahan bilangan tersebut.

Najib berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesyorkan jumlah Bahagian Pilihan Raya bagi negeri Sarawak ditambah sebanyak 11 bahagian yang menjadikan jumlah keseluruhan 82 bahagian.

Katanya syor itu telah diwartakan untuk dikuatkuasakan pada 5 Dis 2014.

"Bahagian pilihan raya yang baharu itu adalah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Bukit Goram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu," katanya ketika membentangkan usul berkenaan.

Katanya pertambahan bahagian pilihan raya ini akan dapat meningkatkan tahap perkhidmatan wakil rakyat kepada penduduk tempatan di Sarawak khususnya penduduk yang berada dalam kawasan bahagian pilihan raya negeri itu.

-Bernama

Lihat Komen
ADS