Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adakah Najib akan jawab soalan mengenai RM2.6b hari ini?

Hari ini tiba masanya bagi soalan mengenai 'derma politik' RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, dijawab di Parlimen.

Juga dijangka ialah jawapan diberikan berkaitan dengan dakwaan RM42 juta dari SRC International yang turut didakwa dimasukkan ke dalam akaun bank Najib - lima bulan selepas ia didedahkan oleh The Wall Street Journal dan Sarawak Report.

Bagaimanapun, masih belum jelas bilakah jawapan itu akan diberi hari ini - hari terakhir sesi sidang parlimen tahun ini - atau sama ada Najib sendiri yang akan menjawabnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini memberitahu media bahawa jawapan tersebut akan diberikan pada sesi soal jawab, yang bermula pada pukul 10 pagi ini.

Tetapi tidak ada soalan berkaitan dengan 'derma politik' RM2.6 bilion itu yang disenarai dalam pertanyaan Parlimen hari ini.

Juga tidak ada usul mengenai perkara itu dalam kertas perintah hari ini.

Menurut Astro AWANI, salah seorang menteri akan memberi penerangan tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat 14 (1) (i).

"Menteri akan bagi penerangan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 14 (1)(i) di mana menteri boleh memberi penerangan kepada Dewan Rakyat. Memang ia tidak disenaraikan dalam aturan mesyuarat," satu sumber memberitahu stesen berita tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS