K'jaan berpendirian The Edge mudaratkan ketenteraman awam

   

PARLIMEN l Kerajaan masih mengekalkan pendirian bahawa penerbitan The Edge mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin mengemparkan fikiran orang ramai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini adalah alasan kerajaan menggantung dua penerbitan The Edge Media Group pada bulan Julai selama tiga bulan.

"The Edge didapati menyiarkan bahan-bahan hasil penerbitan yang tidak diingini iaitu mengandungi hasil penerbitan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin mengemparkan fikiran orang ramai,katanya selaku menteri dalam negeri.

Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis di parlimen ketika menjawap soalan Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) berhubung tindakan yang diambil terhadap The Edge, Sarawak Report dan The Wall Street Journal kerana menyiarkan berita yang kononnya tidak benar, berniat jahat dan menggunakan sumber yang tidak sah.

Zahid, bagaimanapun tidak menjawap soalan berhubung tindakan ke atas Sarawak Report dan The Wall Street Journal.

Akhbar The Edge Weekly dan The Edge FInancial Daily digantung pada 27 Julai laluselepas menerbitkan beberapa siri pendedahan mengenai 1MDB.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudian menarik balik arahan penggantungan itu pada 21 September tetapi kerajaan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In