Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembantu: Tiada majlis hari jadi tema 'aloha' buat Rosmah
Diterbitkan:  Dec 4, 2015 11:45 AM
Dikemaskini: 4:46 AM

Pembantu Rosmah Mansor menafikan penganjuran sambutan ulang tahun kelahiran isteri perdana menteri yang bertemakan "aloha" di Putrajaya.

"Tiada majlis sedemikian sebagaimana yang telah disebarkan.

“Harap maklum," kata Rizal Mansor.

Rizal mengumumkan penafian itu di Facebook beliau hari ini.

Sebaran palsu itu antaranya menyebut sambutan itu akan diadakan pada petang 13 Disember di sebuah dewan di kediaman perdana menteri di Seri Perdana.

Ia antaranya turut meminta pengesahan kehadiran dibuat dahulu selain menyatakan menggunakan tema pakaian gaya Hawaii "aloha".

TIADA MAJLIS SEDEMIKIAN SEBAGAIMANA YANG TELAH DISEBARKAN.Harap Maklum

Posted by Rizal Mansor on Thursday, 3 December 2015


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS