Serangan berpisau di London, jeritan 'untuk Syria'

   

GLOBAL Beberapa orang awam diserang dan dikelar di sebuah stesen kereta api bawah tanah di London semalam dalam sebuah serangan yang disifatkan polis berkaitan dengan dengan aktiviti keganasan.

Dia dilaporkan menjerit “ini untuk Syria” ketika membuat serangan sebelum ditahan polis tempatan, lapor Reuters .

Polis berkata berdasarkan laporan awal seorang lelaki mengalami kecederaan serius manakala dua lagi hanya cedera ringan.

“Kami uruskan kes ini sebagai insiden pengganas,” kata ketua polis antikeganasan London Richard Walton dalam sebuah kenyataan.

Memetik akhbar British The Guardian , beberapa saksi kejadian berkata penyerang itu mendakwa membalas dendam untuk serangan terhadap kumpulan dianggap di Syria.

Selepas kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) mengaku menyerang Paris bulan lalu yang mengorbankan 130 orang, Perdana Menteri British David Cameron mendapat kelulusan anggota-anggota parlimennya Rabu lalu untuk melancarkan serangan di Syria.

Serangan pertama British mensasarkan kawasan minyak yang dikawal IS sehari selepas itu.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In