Nurul Izzah dilarang masuk Sarawak
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini dilarang memasuki Sarawak menggunakan peruntukan bawah Akta Imigresen 1959/63.
Mempertikaikan langkah, beliau berkata, akta itu bertujuan menyekat penghijrahan beramai-ramai orang Semenanjung ke Sarawak dan Sabah dan bukan anggota parlimen untuk menjalankan tugas kepada rakyat.
“Seksyen 67 Akta Imigresen juga tidak boleh menyekat sesiapa untuk memasuki Sabah dan Sarawak untuk tujuan aktiviti politik.
“Tindakan ini walau di bawah bidang kuasa negeri bertentangan dengan hak sah saya berpolitik selaku anggota Dewan Rakyat,” katanya.
Dalam kenyataan hari ini, Izzah berkata, Beliau hadir untuk “solidariti” bersama pemimpin tempatan PKR menjelang pilihan raya negeri itu yang akan datang.
Beliau juga, katanya, mahu meneruskan projek-projek PKR seperti membantu menyalurkan lampu jalan, elektrik dan juga air bersih secara kecil-kecilan di kawasan pedalaman.

