Lim: Jom debat, Zahid
Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mencabar Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat mengenai rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Lim berkata debat itu perlu kerana rang undang-undang itu bakal membuka jalan bagi sebuah pemerintahan diktator.
"Perdebatan awam boleh diadakan di Kuching, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor Bharu.
“Saya serahkan kepada Zahid untuk membuat keputusan di mana-mana atau semua tempat-tempat ini," kata Lim.
Dewan Rakyat kelmarin meluluskan rang undang-undang MKN secara tergesa-gesa dengan undi suara majoriti, tanpa sebarang pindaan.
Rang undang-undang itu antara lain, memberi perdana menteri, sebagai pengerusi majlis MKN, kuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "zon keselamatan" dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.
Undang-undang baru ini diperkenalkan ketika kedudukan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri terus dicabar pelbagai pihak.
Zahid bagaimanapun berkata rang undang-undang itu tidak mempunyai tujuan politik atau untuk memberi kuasa mutlak kepada perdana menteri.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
