Bekas atase tentera Malaysia Muhammad Rizalman Ismail mendakwa tertekan di tempat kerja susulan amalan korup pegawai-pegawai yang lebih kanan.

Rizalman, 39, diwawancara oleh profesor psikiatri Universiti Auckland Graham Mellsop bulan lalu.

Laporan berkaitan keadaan mentalnya diserahkan kepada Mahkamah Tinggi Wellington hari ini.

“Kebimbangan besarnya terhadap elemen korup pegawai-pegawai kanannya, yang dia sebagai pegawai bawahan harus ikut,” menurut laporan Mellsop seperti dilaporkan New Zealand Herald.

“Ini, katanya, tidak bermoral. Jadi dia enggan patuh, tetapi terpaksa ikut arahan pegawai lebih tinggi.

“Dia 'tertekan', sakit kepala, rasa mengantuk berlebihan serta sifat pelupa dijelaskan dalam kenyataannya,” kata profesor itu.

Rizalman Isnin lalu mengaku bersalah atas dakwaan serangan cabul terhadap wanita tempatan Tania Billingsley ( gambar ), 21, di rumahnya pada Mei 2014.

Pendengaran diadakan hanya bagi memilih versi mana fakta kes yang akan diguna pakai.

[Baca berita asal]