Pintu masuk di Hospital Damai (Melawati) telah disimbah dengan cat putih awal pagi ini, demikian menurut Pengurus Kewangan dan Pentadbiran hospital itu, Regina Sundram.

Insiden itu berlaku selepas kontroversi di mana jururawat Naziah Sauni Samat mendakwa dia dipecat daripada hospital itu kerana cuba menutup aurat di tempat kerja, walaupun pihak hospital itu telah menafikan dakwaan tersebut.

Regina berkata, pada jam 3.30 pagi, empat lelaki yang menunggang motosikal melemparkan dua baldi cat putih di dua pintu masuk yang berasingan di bangunan hospital itu.

"Ia berlaku sangat cepat, dalam masa satu minit. Terdengar bunyi yang kuat, ketika saya berlari keluar untuk melihatnya, mereka telah pergi," katanya kepada Malaysiakini.

Hospital ini mempunyai rakaman CCTV kejadian itu, tetapi Regina berkata mereka tidak dapat mengenal pasti nombor plat motosikal berkenaan.

[Baca berita penuh]