Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan dakwaan bahawa sayap pemuda parti itu mengambil pendekatan "populis" apabila menyuarakan rasa tidak puas hati orang ramai.

Sebaliknya, kata menteri belia dan sukan itu, dakwaan tersebut dibuat oleh pihak yang tidak faham erti sebenar perkataan "populis" berkenaan.

“Pendirian Pemuda tidak pernah populis. (Pihak) yang menuduh kita populis ternyata tidak faham erti populis.

“Kalau Pemuda populis, kita sudah menabur kata-kata manis, menjanjikan bulan, bintang dan matahari sedangkan kita tahu ianya mustahil ditunaikan,” katanya dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Rembau itu, jika Pemuda Umno menggunakan pendekatan populis, mereka boleh bersuara membantah segala usaha menstrukturkan subsidi yang kemudian memberi kesan kepada kos hidup.

“Kalau hendak jadi populis, paling mudah Pemuda bantah sahaja GST, bantah TPPA, bantah segala usaha menstrukturkan subsidi. Mudah, tetapi tidak bertanggungjawab. Namun Pemuda tidak buat begitu,” tegas Khairy.

[Laporan penuh menyusul]