Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ambiga, pengerusi BERSIH mangsa iklan seks palsu
Diterbitkan:  Dec 9, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 4:05 AM

Nombor telefon pengerusi dan bekas pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan Datuk S Ambiga menjadi mangsa iklan palsu khidmat seks di ibu negara.

Selain mereka berdua, aktivis dan pegawai BERSIH Mandeep Singh ( gambar ) mendakwa turut menjadi mangsa kejadian itu.

“Apa yang terjadi sejak BERSIH 4 diumumkan adalah, nombor telefon Maria, Ambiga dan saya disebarkan di merata tempat sekitar KL dengan iklan menyatakan kami menyediakan servis seks/ call girl .

“Sehingga hari ini, saya masih menerima call (panggilan telefon) dari individu-individu yang tidak dikenali dan bertanya adakah saya Kim,” katanya.

Menulis di Facebook, Mandeep berkata beliau tak pernah mengiklankan nombor telefon di mana-mana jalan, dinding atau papan iklan di sekitar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya, hasil perbuatan tidak bertanggungjawab itu, beliau telah menerima pesanan SMS daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu menyenaraihitamkan nombor telefonnya.

Beliau memuat naik kembali pesanan itu di Facebook.

Ia antaranya menyebut, mempamerkan iklan atau poster tanpa kebenaran DBKL adalah salah dan nomnor telefon berkaitan akan disenarai hitam dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Apakah DBKL tidak ada CCTV (kamera litar tertutup) di sekitar KL untuk melihat siapakah mereka ini yang melekat nombor telefon kami di merata tempat?

“Apakah saya akan dikenakan tindakan mahkamah dan kemudiannya akan disenarai hitam atas sebab perbuatan tidak bertanggungjawab orang lain?” soalnya.

Mandeep juga berkata setiap kali berlaku himpunan di ibu negara, nombor telefon beliau sentiasa menjadi mangsa penggodam.

“Apakah pihak ketiga boleh akses kepada telco (syarikat telekomunikasi) dan menghantar pelbagai jenis SMS dari phone saya tanpa pengetahuan saya?

“Kepada DBKL, silalah heret saya ke mahkamah,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS