Pegangan saham Tan Sri Tiong dalam Nanyang meningkat
Pegangan saham jutawan akhbar berbahasa Cina, Tan Sri Tiong Hiew King dalam Kumpulan Media Nanyang Press Holdings Bhd semakin meningkat dan mencetuskan kebimbangan di kalangan aktivis media mengenai impiannya untuk mewujudkan 'rangkaian media berbahasa Cina global'.
Pegangan saham jutawan akhbar berbahasa Cina, Tan Sri Tiong Hiew King dalam Kumpulan Media Nanyang Press Holdings Bhd semakin meningkat dan mencetuskan kebimbangan di kalangan aktivis media mengenai impiannya untuk mewujudkan 'rangkaian media berbahasa Cina global'.
Laporan tahunan akhbar Nanyang menunjukkan syarikat milik Tiong Tiong Toh Siong Holdings Sdn Bhd dan Permandangan Sinar Sdn Bhd disenaraikan sebagai pemegang saham ke-10 terbesar dalam kumpulan media tersebut.
(Permandangan Sinar telah bertukar nama kepada Sin Chew Media Corporation September lalu selepas disenaraikan di Bursa Malaysia)
Dengan masing-masing memiliki 1.10 dan 0.31 peratus saham, Tiong menguasai sekurang-kurangnya 1.41 peratus saham Nanyang. Laporan tahunan itu yang diterbitkan pada 17 November, disiarkan dalam lamanweb Bursa Malaysia.
Sin Chew adalah penerbit dua akhbar utama berbahasa Cina Sin Chew Daily dan Guang Ming Daily manakala Tiong Toh Siong Holdings merupakan syarikat pengeksport balak milik keluarga Tiong di Sarawak.
Tiong disenaraikan sebagai salah seorang pemegang saham terbesar Nanyang pada tahun 2002 apabila beliau menguasa 0.56 peratus saham. Sin Chew (0.30 peratus) disenaraikan ditempat ke-12 dan Tiong Toh Siong Sdn Bhd (0.26 peratus) ditempat ke-13.
Tahun lalu, Tiong Toh Siong Sdn Bhd meningkat ketempat ke-10 dengan pegangan 0.86 peratus saham Nanyang manakala pegangan Sin Chew meningkatkan sedikit kepada 0.31 peratus dan disenaraikan ditempat ke-14.
Proksi Tiong?
Laporan tahuan terbaru itu juga menamakan seorang ahli perniagaan, Mah Keng Hock dari New Paragon Limited sebagai pemegang saham kedua terbesar berjumlah 23.79 peratus.
Sejak Mah membeli saham itu pada bulan Ogos 2002, timbul spekulasi yang beliau adalan proksi Tiong, bagi mengelak perhatian umum terhadap kemungkinan Sin Chew akan memonopoli pasaran akhbar berbahasa Cina.
Malah, khabar angin juga tersebar bahawa Sin Chew bekerjasama dengan MCA sewaktu parti itu mengambil alih Nanyang Press - penerbit akhbar Nanyang Siang Pau dan China Press - pada bulan Mei 2001. Bagaimanapun, ianya dinafikan ketika itu.
Pemegang saham terbesar Nanyang Press masih lagi syarikat pelaburan MCA Huaren Management Sdn Bhd yang kini memiliki 41.98 peratus.
Tiong, teman rapat bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik, dikatakan bercita-cita untuk mengambil alih Nanyang Press untuk memenuhi impiannya untuk mewujudkan 'rangkaian media berbahasa Cina Global'.
Hubungan akhbar-parti politik
September lalu, pihak pengurusan Sin Chew menafikan syarikat tersebut mempunyai pengaruh ke atas pihak pengurusan Nanyang dan dasar editorialnya walaupun ianya mempunyai pegangan saham dalam akhbar pesaingnya itu.
Ketika mengulas mengenainya, jurucakap Gabungan Penulis Media Independen (Wami) Josh Hong berkata pihaknya memandang berat tentang wujudnya hubungan parti politik dengan pihak akhbar.
"Perkembangan terbaru ini menunjukkan agenda Tiong untuk memonopoli media berbahasa Cina kini semakin hampir menjadi kenyataan," katanya ketika dihubungi.
Wami ditubuhkan pleh sekumpulan penulis dan kolumnis yang membantah tindakan MCA mengambil alih Nanyang. Sebelum ini, mereka menulis untuk empat akhbar utama berbahasa Cina.
Sebahagian besar mereka kini menulis untuk akhbar berbahasa Cina yang diterbitkan pada tahun 2002 Oriental Daily News .
Oriental Daily diterbitkan oleh Kumpulan KTS, milik pesaing perniagaan Tiong, jutawan balak Sarawak Datuk Lau Hui Kang.

