Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Serangan seksual terhadap jurucakap G25 dikecam

Wanita DAP Pulau Pinang mengutuk ancaman seksual terhadap jurucakap kumpulan Melayu terkemuka (G25) Datuk Noor Farida Ariffin susulan kenyataannya dalam isu penguatkuasaan undang-undang khalwat.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Syerleena Abdul Rashid ( gambar ) berkata ancaman rogol dan tindakan ganas lain bukan perkara remeh.

Ini terutamanya susulan banyak lagi kes-kes berkaitan yang belum ditangani, katanya lagi.

“Jenaka dan ancaman yang dinyatakan di atas talian juga sama, jika tidak lebih, mengganggu kerana mereka menjadikan sikap negatif dan serangan terhadap wanita sebagai tindakan normal,” katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus Yap Soo Huey pula menuntut pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak terhadap ancaman itu.

Mereka merujuk kepada ancaman seorang pengguna maya di akaun Facebook kelmarin yang dikatakan memberi gambaran untuk memasuki bilik tidur Farida.

G25 menuntut sebuah jawatankuasa perunding ditubuhkan bagi membincangkan pindaan atau pemansuhan beberapa undang-undang syariah.

Ia dilaporkan termasuk hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang menurut mereka melanggar hak kebebasan dan privasi individu seseorang seperti termaktub dalam perlembagaan.

Cadangan itu dikecam banyak kumpulan agama dan tokoh-tokoh agama.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS