'Yang di atas ini hentilah bersengketa'
Hari pertama perbahasan di Perhimpunan Agung Umno hari ini menyaksikan rata-rata pembahas mengingatkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kembali bersatu padu dan menghentikan persengketaan dalam parti Melayu itu.
Antara yang lantang menegur Muhyiddin itu ialah dari Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir yang akan memberikan buah keras sekiranya bekas timbalan perdana menteri itu tidak bersatu padu dalam Umno.
Beliau turut menegur Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kembali kepada landasan Umno dan bersama parti Melayu itu.
"Kami minta kepimpinan di atas ini berhenti bersengketa. Cukuplah apa yang berlaku. Kita balik nanti dengan satu semangat dan menguatkan balik Umno.
“Kami yang beri kuasa, dengan izin Allah, dan menangkan (Umno dalam) pilihan raya umum. pemimpin duduk di atas ini, kuasa Allah kuasa yang kekal, ingat pemimpin,” katanya.
Musa berkata demikian dalam pembahasan di perhimpunan agung Umno ke-69 hari ini.
Beliau turut menegur Muhyiddin untuk kembali kepada landasan Umno dam bersama parti Melayu itu.
Beliau turut menolak tindakan Muhyiddin membuat majlis pertemuan dengan penyokongnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
“Timbalan presiden, kami sayang pemimpin di atas, kami yang letakkan di atas, tolonglah kami, bantulah kami, kami letih bermacam-macam (isu).
“Timbalan nak buat (program) jelajah, (boleh) datang negeri kami.
“Tetapi jangan cakap mengenai 1MDB, atau RM2.6 bilion tapi cakap mengenai perpaduan Umno.
Selain itu, Perwakilan daripada Negeri Johor Hassan Johari turut menggesa semua ahli parti menyokong kepimpinan Presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak.
“Umno Johor beri harapan yang tinggi untuk kembalikan hari-hari indah Umno, lakukan apa-apa usaha untuk kembalikan Umno.
“Usah ragu kepada presiden, bagi sepenuh ketaatan kepada presiden. Kalau bukan dia mana lagi nak kita nak harapkan.
“Bagi kepercayaan kepada presiden, hanya satu nakhoda bukan dua atau tiga,” katanya.
Beberapa pembahas dari negeri lain antaranya menyebut mengenai peningkatan kos sara hidup, perumahan dan menggesa pemantapan parti Melayu itu.
Sesi perbahasan ditangguhkan dan akan disambung semula esok.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
