Di sebalik 'I crush on him, lah'
“ I crush on him, lah ,” kata seorang pelajar sekolah.
“ But no handsome, lah ,” jawab seoang lagi rakannya, dan mereta tertawa.
Malangnya, di Malaysia, penguasaan bahawa Inggeris yang buruk bukan sahaja terhad di kalangan pelajar sekolah.
Malah, seorang anggota parlimen kanan juga terkeliru antara ‘scissors salad’ dan ‘Ceasar salad’.
Seorang pegawai yang terlibat menguruskan permohonan kerja berkata, tujuh daripada 10 pemohonan tidak dipilih kerana penguasaan bahawa Inggeris yang lemah sehingga tidak dapat memperkenalkan diri dalam bahasa itu.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Melaka, M Nachiappan baru-bari ini berkata 1,000 graduan perubatan tercicir daripada kerjaya sebagai doktor susulan kekangan bahawa Inggeris.
Malaysia sebagai sebuah bekas tanah jajahan British pernah menyaksikan tahap penguasaan bahawa Inggeris yang tinggi di kalangan rakyatnya.
Perkara ini bagaimanapun merosot susulan pengaruh nasionalisme serta dasar kerajaan, lapor dpa .
Pemimpin-pemimpin negara ini juga sering berbolak-balik dalam isu bahasa Inggeris di sekolah, susulan lobi besar kumpulan nasionalis, menurut agensi itu lagi.
Pada 1970, kerajaan menukar bahasa pengantar di sekolah daripada Inggeris ke bahasa Melayu serta mempromosikan bahawa kebangsaan untuk kaum lain.
Bagaimanapun, keadaan di Singapura, jiran terdekat Malaysia, berbeza sama sekali.
Kemerosotan bahasa Inggeris membimbangkan ketika Malaysia sedang berusaha merebut peluang dalam pembentukan pasaran tunggal 10 negara-negara Asean.
Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi rantau ini, yang mempunyai populasi lebih daripada 600 juta orang.

