Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said enggan mengulas berhubung dakwaan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun perdana menteri daripada “pimpinan sebuah kerajaan” dan bukan individu.

“Saya tidak boleh komen berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perhimpunan agung Umno di ibu negara hari ini.

Azalina berkata Zahid mempunyai sebab tersendiri dengan mengeluarkan kenyataan itu.

Portal pro-Umno Agenda Daily melaporkan penderma RM2.6 bilion itu “bukanlah individu dalam erti kata seorang”.

“Ia adalah pimpinan sebuah kerajaan.

"Orang yang beri ini bukan individu. Tetapi saya tidak mahu menyebutkan (sebab perkara tertentu),” beliau dipetik sebagai berkata.

Zahid berkata “pimpinan kerajaan” itu telah memberikan dana yang lebih besar dan banyak kepada negara Islam yang lain dan oleh keikhlasannya tidak boleh dipertikai.

“Dan negara itu tidak minta kontrak atau projek daripada kita.

"Patutnya kita berterima kasih kerana negara itu tidak minta apa-apapun.

"Kebolehpercayaan kepada Umno sebab Umno boleh membawa Islam, kerana Umno menentang mazhab-mazhab di luar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

[Baca berita asal]