Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hassan Said naib canselor baru UiTM
Diterbitkan:  Dec 14, 2015 11:58 AM
Dikemaskini: 4:30 AM

Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini mengumumkan pelantikan Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said sebagai naib canselor UiTM ke-9, berkuat kuasa 1 Februari 2016.

Sebelum pelantikan ini, Hassan menyandang jawatan naib canselor dan presiden Universiti Taylor's dan beliau juga mantan ketua pengarah pengajian tinggi antara Januari 2005 hingga April 2008.

Hassan memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang matematik daripada University of Manchester (1979), ijazah sarjana sains daripada Brunel University, United Kingdom (1981) dan ijazah kedoktoran falsafah, juga daripada Brunel University (1984).

Pengkhususan pengajian beliau dalam bidang computer aided geometric design.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984, kemudiannya dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1990 dan timbalan naib

canselor (akademik) Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1005.

Pada 1998, beliau dipinjamkan ke kementerian sebagai pengarah bahagian.

Lihat Komen
ADS