Dr M senyum, belum mahu ulas AGM Umno
Ketika Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dilihat memiliki kawalan penuh dalam perhimpunan agung Umno, tidak seperti selalu pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad kali ini memilih 'menyimpan peluru' dahulu.
“Saya sedang senyum,” jawab Mahathir ringkas ketika ditanya sama ada beliau gembira dengan hasil perhimpunan itu yang berakhir pada Sabtu lalu.
Bekas perdana menteri keempat yang terkenal dengan sikap sinisnya itu berkata akan mengulasnya di blog dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya selepas digesa mengulas itu itu beberapa kali oleh pemberita.
Dalam perhimpunan agung antara 8 hingga 12 Disember lalu, Najib dilihat berjaya menguatkan cengkamannya dalam parti ketika pentadbirannya diasak oleh dua tokoh besar Umno, Mahathir dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mahathir dan Muhyiddin sejak sekian lama konsisten membangkitkan isu sekitar kontroversi 1MDB dan kemasukan wang RM2/6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
