GLOBAL Sebuah robot mirip seorang perempuan, sehingga terdapat pihak ingin menjadikannya sebagai pendamping hidup, telah berjaya dicipta.
Seorang penyelidik Australia Dr David Silvera Tawil membuat kajian sama ada orang ramai boleh menentukan yang mana robot dan yang mana bukan, lapor Mirror.
Dalam ujian itu, robot yang diberi nama Actroid F itu duduk bersama seorang perempuan dan keduanya memakai pakaian sama.
Peserta yang menyertai ujian itu diberikan masa lima saat bagi mengenal pasti yang mana dari dua orang itu adalah manusia.
“Sebahagian daripada peserta berkata, mereka tidak boleh mengenal pasti yang mana robot dan yang mana manusia,” Dr Silvera-Tawil dilaporkan berkata.
Robot Actroid F dari jenis Geminoid F dicipta pada tahun 2010 oleh Profesor Yoshio Matsumoto dari Tokyo.
Ketinggian Actroid F 5 kaki 6 inci, dilihat robot tersebut mirip manusia kerana boleh berkelip, mata yang boleh memberi tindak balas dan mampu membaca bahasa tubuh.
Sementara itu, apabila video ujian itu telah dimuat naik di Youtube, terdapat pengguna media sosial kelihatan kagum, sekali gus mendorong ia menjadi viral.
" Wow , dia sungguh seksi, saya harap dapat memiliki robot ini sebelum bernikah dengan bekas isteri saya,” katanya seorang pengguna.
