Kerajaan Thai hari ini berkata pihaknya mempunyai gambar yang membuktikan bahawa anggota militan Islam Thai menjalani latihan di Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Thai, Sutham Sangprathum memberitahu pemberita demikian, sehari selepas kerajaan Malaysia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

"Laporan perisikan kita berkata mereka mengadakan latihan bersenjata dan lebih 10 anggota penting (militan Islam) berada di Kelantan," katanya.

"Kami mempunyai gambar-gambar mengenai latihan tersebut," katanya.

Menurut Sutham lagi pihaknya bersedia untuk menyerahkan gambar-gambar itu kepada pihak Malaysia juga mereka mahu melihatnya.

Kelantan bersempadan dengan Selatan Thai di mana kumpulan pejuang Islam telah membunuh lebih 560 orang tahun ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Thai, Thaksin Shinawatra mendakwa sesetengah daripada anggota pemisah Islam itu mendapat latihan di Malaysia.

Bagaimanapun, rakan sejawatnya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menafikan dakwaan tersebut.

- AFP