Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
56 tahun 'menjaga cinta'
Diterbitkan:  Dec 17, 2015 6:31 PM
Dikemaskini: 10:34 AM

Zhou Yu'ai baru berusia 20 tahun apabila dia mengalami masalah kesihatan yang gagal dijawab doktor. Keadaan itu menyebabkan Zhou lumpur seluruh badan.

Dan selepas 56 tahun, Zhou masih dirawat dan setia ditemani sauaminya Du Yuanfa, 84.

Menetap di rumah mereka di Sunjiayu di Shandong, timur China, pasangan suami isteri itu hidup hasil pendapatan si suami sebagai pekerja lombong arang batu.

Namun apabila Zhou terlantar keuzuran Du berhenti kerja untuk menjaga isterinya.

Ketika dugaan berat itu melanda, Du dan Zhou baru saja kahwin selama lima bulan namun si suami menyatakan ikrarnya untuk menjaga si isteri "selamanya".

Du sedang bekerja di bandar Tai'an apabila sepucuk surat diterimanya memaklumkan bahawa Zhou "terlantar sakit".

Apabila pulang Du mendapati isterinya memang terlalu lemah dan tidak dapat menjaga dirinya sendiri.

Doktor pula memaklumkan Zhou akan kekal begitu seumur hidupnya.

Selepas beberapa ketika ada rakan mencadangkan supaya Du mencari wanita lain sebagai isteri namun dia enggan. Sebaliknya Du berhenti kerja demi Zhou.

Selepas itu Du menjadi petani sambil kekal menjaga isterinya - menyuapkan makanan, menukar lampin, memasak ubat-ubatan dan membawa Zhou ke beberapa hospital menandakan dia tidak pernah putus asa untu melihat isterinya pulih.

Ketabahan itu segera menyentuh hati ramai. Justeru jiran dan kenalan mengagumi Du dan mereka tampil membantu membawa barangan keperluan harian ke rumah sederhana pasangan itu.

Kerajaan juga menyenaraikan mereka sebagai penerima bantuan kebajikan.

Setiap kali Du mendengar ada ubat atau cara yang mungkin boleh mengubah keadaan Zhou, dia tidak teragak-agak mencuba, walaupun itu bermakna dia terpaksa menempun perjalanan sukar ke tempat terpencil.

Dan apabila ada ubat baru, Du akan mencuba terlebih dahulu bagi mengelakkan ia tidak beracun atau berbahaya.

Lihat Komen
ADS