Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAC asak Arul Kanda lagi, media dihalang buat liputan

Wartawan pagi ini dihalang daripada memasuki bangunan Parlimen untuk membuat liputan berhubung pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1MDB di mana presiden syarikat pelaburan negara itu, Arul Kanda Kandasamy dijadualkan memberi keterangan.

Polis yang bertugas di pintu gerbang utama ke kompleks bangunan Parlimen memberitahu wartawan bahawa mereka tidak dibenarkan masuk hari ini.

"Ini adalah arahan pihak berkuasa tertinggi. Saya tidak tahu sebabnya," kata anggota polis apabila disoal oleh wartawan mengapa mereka dilarang membuat liputan.

Para petugas media terpaksa meletakkan kenderaan mereka di luar dan menunggu di bawah sinaran matahari yang terik.

Malaysiakini cuba mendapatkan reaksi daripada Pengerusi PAC Datuk Hasan Ariffin melalui SMS tetapi masih belum mendapat sebarang maklum balas.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw mengesahkan bahawa Hasan tidak bersetuju untuk membenarkan wartawan berada di bangunan Parlimen.

Hasan sebelum ini mengesahkan bahawa PAC tidak akan mendapatkan salinan laporan akhir Audit Negara mengenai 1MDB hari ini.

PAC semasa dipengerusikan oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak pernah menghalang wartawan daripada membuat sebarang liputan.

Hari ini adalah kali kedua bagi Arul Kanda memberi keterangannya mengenai isu skandal 1MDB yang terpalit dengan hutang kepada PAC.

Kali terakhir beliau muncul di hadapan PAC adalah pada 1 Disember lalu, di mana beliau disoal-siasat selama lima jam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS