1MDB nafi tubuh syarikat penerbangan
Firma pelaburan negara 1MDB menafikan dakwaan bahawa ia telah membentuk sebuah syarikat penerbangan.
Penafian syarikat itu adalah sebagai tindak balas terhadap catatan palsu dalam Wikipedia dan maklumat palsu yang tersebar di media sosial berkenaan permulaan dan operasi apa yang didakwa sebagai "1MDB Airlines Berhad".
“Kami mengesahkan bahawa 1MDB tidak memiliki sebarang syarikat yang mempunyai nama tersebut atau menjalankan sebarang operasi berkenaannya,” kata firma itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut 1MDB yang kini sarat hutang, sejak bulan Februari 2015, bahawa ia tidak menjalankan pelaburan ataupun perniagaan baru dan hanya memfokus kepada pelaksanaan pelan rasionalisasinya.
“Kami memohon agar orang ramai mengabaikan maklumat palsu ini dan tidak terpedaya oleh pihak-pihak ketiga yang mendakwa bertindak bagi pihak 1MDB dalam hal ini.”
Semakan Malaysiakini pada jam 2.45 petang tadi menunjukkan bahawa enjin carian menunjukkan artikel berkaitan ‘1MDB Airlines’ masih wujud namun kandungannya telah pun dipadamkan.
Sebelum ini, artikel bertajuk '1MDB Airlines’ itu menyebut ia dimiliki oleh 1MDB dan dilancarkan pada 30 Nov 2015 oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan.
"Ia merancang untuk beroperasi dari pangkalannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bermula 1Februari 2016 ke Paris, Perancis.
Menurut artikel itu lagi, syarikat penerbangan itu merancang untuk bersaing dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.