Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua cedera bergaduh di Kompleks Kota Raya
Diterbitkan:  Dec 20, 2015 9:44 PM
Dikemaskini: 1:46 PM

Dua individu dilaporkan cedera dalam pergaduhan yang berlaku di sebuah kedai telefon, Kompleks Kota raya, Kuala Lumpur hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu berlaku apabila sekumpulan pelanggan dengan sebahagiannya bersenjatakan parang kembali ke kompleks itu untuk menuntut bayaran balik atas pembelian telefon, lapor Mstar Online .

Portal itu difahamkan, pihak pengurusan kompleks mengambil keputusan menutup bangunan itu bagi mengelakkan insiden berlanjutan sebelum pihak polis dilihat mengawal dan membuat pemantauan di kawasan sekitar.

Terdahulu, seorang pelanggan didakwa dikurung pekedai di kompleks beli-belah tersebut dengan tujuan memaksa mangsa membeli telefon bimbit.

Mangsa didakwa dikurung selama empat jam selepas dia mengubah fikiran daripada membeli empat telefon bimbit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, polis masih menyiasat insiden tersebut.

Kejadian itu mendapat perhatian Presiden Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom yang menganjurkan satu bantahan sebagai tindak balas kejadian penahanan pelanggan tersebut.

Bagaimanapun perhimpunan itu tidak menjadi seperti dirancang apabila hanya kira-kira 20 orang sahaja daripada Gerakan Merah yang hadir dan ia bertukar menjadi satu sidang media.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS