Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wurtzbach hampir 'hilang' mahkota Miss Universe
Diterbitkan:  Dec 21, 2015 12:59 PM
Dikemaskini: 6:04 AM

GLOBAL l Pelakon dan model berusia 26 tahun dari Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach dimahkotakan sebagai Miss Universe hari ini.

Namun sebelum itu, belangsung sedikit drama apabila pengacara majlis berkenaan, Steve Harvey tersilap pertama mengumumkan bahawa Miss Colombia telah memenangi edisi ke-64 pertandingan Miss Universe yang disiarkan secara langsung di rangkaian televisyen Fox.

Pia Alonzo Wurtzbach yang dilahirkan di Stuttgart, Jerman tetapi dan dibesarkan Cagayan de Oro, Filipina pada mulanya diumumkan sebagai naib juara kepada Miss Colombia.

Harvey kemudiannya mengumumkan kepada penonton bahawa beliau telah membuat kesilapan.

Ariadna Gutierrez Arévalo, 21, dari Sincelejo, Colombia yang telahpun dipakai mahkota oleh Miss Universe 2014, Paulina Vega Barranquilla.

Beliau pula terpaksa menanggalkan mahkota itu dan memberikannya kepada Miss Filipina.

Olivia Jordan, 27, dari Tulsa, Oklahoma, menduduki tempat ketiga.

"Saya sangat menyesali," kata Harvey di Twitter dalam permohonan maaf kepada peserta dari Colombia dan Filipina.

Apabila ditanya mengapa dia mahu menjadi Miss Universe, Wurtzbach menjawab bahawa, "Saya akan menggunakan suara untuk mempengaruhi golongan muda dan akan meningkatkan kesedaran berhubung isu-isu seperti HIV yang begitu relevan kepada negara saya."

"Saya mahu menunjukkan kepada dunia dan alam semesta bahawa saya juga mempunyai perasaan untuk golongan yang menderita," katanya.

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS