Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
P’raya S'wak: PKR belum bincang kerjasama dengan AMANAH, PAS

Belum ada perbincangan lagi sama ada PKR akan bekerjasama dengan kedua-dua AMANAH dan PAS pada pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, beliau berkata PAS mempunyai kehadiran yang kecil di negeri itu.

"Kami tidak bincangkan secara terperinci, tetapi kehadiran PAS di Sabah dan Sarawak bukan seperti di Semenanjung," katanya kepada pemberita di Petaling Jaya hari ini selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, dilaporkan berkata bahawa parti itu akan bekerjasama dengan kedua-dua AMANAH dan PAS di kerusi majoriti pengundi Melayu dan Islam di negeri itu.

"Di Sarawak, PKR dan DAP akan memainkan peranan yang penting. PKR akan bekerjasama dengan AMANAH dan PAS untuk membantu kami di kawasan Melayu dan majoriti Islam [...]

"Kami alu-alukan sokongan daripada kedua-dua pihak dan saya yakin bahawa kita tidak akan menghadapi sebarang masalah," katanya yang dipetik sebuah portal Selasa minggu lalu.

Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak semasa akan berakhir pada Jun tahun depan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS