Golongan profesional bimbang usaha PAS perkasakan ulama
Kertas kerja yang dibentangkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Dr Haron Din mengenai usaha memperkasakan kepimpinan ulama, yang dibentangkan di konvensyen khas parti itu hujung minggu lalu, telah menimbulkan kebimbangan di kalangan golongan profesional dalam parti tersebut.
Kertas kerja yang dibentangkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Dr Haron Din mengenai usaha memperkasakan kepimpinan ulama, yang dibentangkan di konvensyen khas parti itu hujung minggu lalu, telah menimbulkan kebimbangan di kalangan golongan profesional dalam parti tersebut.
Kerta kerja bertajuk 'Kepimpinan Ulamak Di Era Cabaran Baru' itu, antara lain, mencadangkan supaya presiden dan timbalan presiden parti secara automatik menjadi ahli Majlis Syura Ulama.
Pada masa ini, presiden dan timbalan presiden tidak menganggotai majlis tersebut.
Kertas kerja yang diperolehi oleh malaysiakini itu, juga mencadangkan penubuhan urusetia dan menyediakan kakitangan berasingan bagi majlis tersebut bagi memastikan program dan aktivitinya, termasuk mengawasi aktiviti ahli akar umbi, dijalankan dengan lebih berkesan.
(Majlis Syura merupakan badan tertinggi dalam parti itu. Ia memberi nasihat kepada Jawatankuasa Pusat dan dewan-dewan lain dalam parti itu, dalam merangka dasar dan strategi masing-masing).
Sehubungan itu, sekumpulan perwakilan yang menghadiri konvensyen tersebut kini tertanya-tanya sama ada wujudnya usaha untuk meminda perlembagaan parti supaya jawatan presiden dan timbalan presiden hanya disandang oleh ulama.
"Ini kerana perlembagaan parti menyatakan dengan jelas bahawa ahli Majlis Syura mestilah ulama. Adalah ini bermakna beliau (Dr Haron) mahu dipinda perlembagaan yang kini tidak menyatakan apa-apa mengenai status jawatan presiden dan timbalan presiden...kerana itulah, sebelum ini kita mempunyai presiden bukan dari kalangan ulama," kata seorang pemimpin PAS dari Perlis yang tidak mahu namanya disebut.
Manakala seorang ahli Jawatankuasa Pusat parti itu mengakui bahawa cadangan tersebut telah mencetuskan kebimbangan dan mahu pucuk pimpinan memperjelaskan perkara itu bagi mengelak kegelisan di kalangan pemimpin profesional dalam parti itu.
Kebimbangan tidak berasas
Mengulas mengenainya, Dr Haron berkata kebimbangan tersebut tidak berasas kerana beliau tidak pernah berniat untuk menghadkan jawatan presiden dan timbalan presiden disandang oleh ulama sahaja.
"Dalam memperkuatkan lagi Majlis Syura, saya mencadangkan supaya presiden, timbalan presiden dan ketua dewan ulama dan timbalannya, secara automatik menjadi ahli majlis itu. nya. Itu saja.
"Presiden dan timbalan presiden dipilih oleh perwakilan dalam Muktamar. Jadi, jika mereka memilih seorang Cina sebagai presiden (jika cadangan itu diterima) maka dia pun akan menjadi ahli Majlis Syura," tambahnya.
Bagaimanapun, pemimpin PAS itu mengakui jika cadangannya diterima oleh jawatankuasa pusat, sedikit pindaan akan dibuat pada perlembagaan parti.
"Tetapi ianya bukan pindaan besar," tegasnya.
Sejak beberapa tahun ke belakangan ini, ramai ahli profesional bukan dari kalangan ulama, telah menyertai PAS dan memegang jawatan penting, yang secara langsung dianggap 'mencabar' pengaruh ulama dalam parti itu.
Ketika menjelaskan kandungan kertas kerjanya itu, Dr Haron berkata, beliau mahu membataskan kuasa Dewan Ulama yang pada masa ini mempunyai kuasa untuk memilih empat anggotanya untuk menganggotai Majlis Syura.
"Jika cadangan saya diterima, dewan ulama akan diwakili oleh ketua dan timbalan ketua. Jadi tidak perlu lagi dipilih dua wakil lagi dari dewan tersebut. Bagaimanapun, kuasa jawatankuasa pusat untuk memilih empat wakil dalam Majlis Syura akan dikekalkan kerana ahli jawatankuasa itulah yang melaksanakan dasar-dasar yang diluluskan oleh Majlis Syura," tambahnya.
Cadangan dialu-alukan
Sementara itu, seorang pemimpin PAS dari Selangor mengalu-alukan cadangan tersebut kerana menurutnya, jika diterima, ia akan menghadkan jumlah ahli dari kalangan ulama dalam Majlis Syura.
"Kami golongan profesional dalam parti tidak menentang ulama. Tetapi dewan ulama must memperbaiki kualiti anggotanya kerana pada masa ini, mereka yang berkelulusan 'empat thanawi' (peperiksaan di sekolah agama yang setaraf dengan A-Level), juga layak menjadi ahlinya.
"Tetapi kami perlukan seseorang yang terbuka dan memahami keadaan politik sebenar tanahari. Tetapi bila kami mencadangkan sedikit pembaharuan, selalunya mereka dari dewan ulama dalam majlis syura yang menjadi penghalangnya," kata seorang ahli PAS yang berkelulusan di bidang kejuruteraan.
Sebagai contohnya, beliau mengambil cadangan untuk memisahkan entiti kepimpinan PAS di peringkat negeri dan pusat, yang belum lagi diluluskan oleh Majlis Syuara kerana terdapat bantahan dari beberapa ahlinya.
"Inilah sebabnya mengapa saya rasa kita patut menyokong cadangan Dr Haron bagi membataskan kuasa dewan ulama. Ini akan memastikan ahli-ahli Majlis Syura dianggotai mereka yang benar-benar berkelulusan ulama," tambahnya.
Bagaimanapun, Dr Haron mengingatkan ahli-ahli parti itu supaya jangan gelisah tanpa sebab berhubung kertas kerja yang dibentangkannya di konvensyen itu, kerana ianya hanya satu cadangan yang masih perlu dihalusi oleh jawatankuasa pusat parti itu.
"Jadi ianya akan dibincangkan sekali lagi oleh jawatankuasa pusat. Jika mereka tidak meluluskannya, maka kita akan mengekalkan apa yang ada sekarang," katanya.

