Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Notis caj 6% TnG bermula tahun depan, palsu
Diterbitkan:  Dec 23, 2015 6:55 PM
Dikemaskini: 11:00 AM

Tiada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikenakan terhadap tambah nilai kad Touch n Go pada 1 Januari tahun depan.

Sehubungan itu, syarikat berkenaan memberitahu, notis yang mengatakan tambah nilai Touch n Go akan mengenakan caj 6 peratus cukai GST bermula tahun depan yang kini viral di Facebook adalah palsu.

Bagaimanapun, menurut syarikat berkenaan, caj hanya dikenakan terhadap tambah nilai yang dibuat dengan agen mereka.

"GST tidak akan dikenakan ke atas kad Touch n Go yang ditambah nilai bermula 1 Januari 2016. GST hanya dikenakan sebanyak RM0.50 ke atas kad yang ditambah nilai di agen tambah nilai," kata syarikat itu di Facebooknya hari ini.

Satu notis yang bertulis "Tambah nilai T&G akan dikenakan caj 6 peratus GST bagi setiap transaksi bermula 1 Januari 2016" menjadi viral di laman sosial.

Ekoran notis "palsu" tersebut, orang ramai mula menyatakan rasa tidak puas hati mereka dan mempersoalkan tentang caj GST yang dikenakan.

Ia turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang turut tweet gambar notis "palsu" berkenaan dengan jawapan dari pihak Touch n Go.

Selain itu, Touch n Go turut mengatakan, tambah nilai tanpa cas boleh didapati di hub Touch n Go, Touch n Go SPOT, lorong tambah nilai khas di plaza tol, Tesco, Watsons, KK Super Mart, Guardian, stesen Petronas terpilih serta perkhidmatan kiosk layan diri (SSK).

Di samping itu, perkhidmatan tambah nilai dengan "cas" boleh didapati di semua 7-Eleven di semenanjung Malaysia, pusat membeli-belah Giant, Pasar raya besar Mydin, myNews.com, 99 Speedmart terpilih, stesen petrol BHP, Caltex, Petron, Petronas dan Shell, mesin ATM dan CDM (Ambank, Bank Muamalat, Maybank dan RHB dan juga agen serta kedai runcit yang dilantik.

Lihat Komen
ADS