Suhakam janji selesai masalah dalam tempoh sebulan
Wakil 136 bekas pekerja dalam kumpulan Nadi Corporation (Nadicorp) Sdn Bhd yang dibuang kerja, hari menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) petang ini.
Wakil 136 bekas pekerja dalam kumpulan Nadi Corporation (Nadicorp) Sdn Bhd yang dibuang kerja, hari menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) petang ini.
Wakil pekerja - Abdul Aziz Ismail - menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Suhakam Jamaludin Othman - dan disaksikan kira-kira 20 pekerja yang datang memberikan sokongan.
Menurut Aziz, Suhakam berjanji akan mengambil tindakan lanjut dalam masa sebulan bagi mengatasi masalah tersebut.
"Jamaludin berjanji akan membuat siasatan secara menyeluruh mengenai perkara tersebut sebagai tanggungjawab badan itu membantu pekerja," kata Aziz ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, kumpulan 136 pekerja yang dibuang kerja itu, akan tetap meneruskan rancangan menyaman Nadicorp kerana mendakwa mereka dibuang secara tidak sah.
Memorandum antara lain menyebut Express Nasional Berhad (ENB) dan Transnasional Express Sdn Bhd (TESB) yang dimiliki oleh Nadicorp telah melakukan kerja-kerja khianat dan tidak bermoral dengan membuang 136 pekerja mereka pada bulan Ogos 2004.
Dakwaan konspirasi
Ianya mendakwa Datuk Mohd Nadzmi Salleh, pemilik syarikat tersebut, telah membelakangi semangat "Espirit Decorp" yang telah diamanahkan oleh Majlis Amanah RakyDat (Mara) ketika beliau mengambil alih Mara Holding Sdn Bhd.
Mereka juga mendakwa berlaku konspirasi pembuangan pekerja ENB dan TESB yang didalangi oleh Mohd Nadzmi, manakaka Datuk Zainal Rampak sebagai Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Pengangkutan (TWU) merangkap Presiden, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memainkan peranan mengelirukan pekerja agar menerima tawaran pemberhentian kerja dari Nadicorp.
Mereka juga mendakwa pemberhentian pekerja ENB dan TESB adalah helah pengswastaan yang dirancang untuk memudahkan menawarkan kontrak kepada Syarikat Daya Matang Sdn Bhd dan SKV Engineering (KL) Sdn Bhd yang mengambilalih kerja-kerja yang dilaksanakan olih pekerja yang dibuang dan di gantikan dengan mengambil pekerja asing.

