GLOBAL Ekoran tersilap membuat panggilan dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada malam hari Natal, Angkasawan British, Tim Peake akhirnya memohon maaf.

Peake yang berada di stesen angkasa lepas (ISS) sejak lebih seminggu lalu menulis dalam Twitter lewat malam kelmarin menyatakan beliau cuba menghubungi keluarganya bagi mengucapkan selamat hari Natal.

"Helo, adakah ini planet bumi?" tanya Peake kepada wanita yang menjawab panggilannya.

I'd like to apologise to the lady I just called by mistake saying 'Hello, is this planet Earth?' - not a prank call...just a wrong number!

— Tim Peake (@astro_timpeake) December 24, 2015

Peake berkata, beliau mahu memohon maaf kepada wanita yang menjawab panggilannya itu dan menjelaskan ia bukan panggilan palsu sebaliknya tersalah nombor.

Akhbar Daily Telegraph melaporkan, ini bukan kali pertama angkasawan menghadapi masalah ketika membuat panggilan dari angkasa lepas.

Peake cuba menghubungi keluarganya Isnin lalu, bagaimanapun terpaksa meninggalkan pesanan kerana mereka tiada di rumah.

Peake dalam Twitternya turut mengucapkan Natal dari angkasa lepas dan berkata bumi kelihatan menarik ketika perayaan itu berlangsung.

“Harap kamu semua merayakan Natal dengan gembira di bawah sana, kamu semua kelihatan menarik dari atas sini (angkasa lepas),” tulisnya.

Peake tiba di ISS 15 Disember lalu bersama angkasawan Amerika Syarikat, Tim Kopra dan angkasawan Rusia, Yuri Malechenko.

Hope you're all having a wonderful Christmas eve down there. You're looking good from up here! #Principia pic.twitter.com/8O50l7ZWzL

— Tim Peake (@astro_timpeake) December 24, 2015

Looks like Santa made it to the #ISS :) Merry Christmas everyone! #Principia pic.twitter.com/gYzLusxjfV

— Tim Peake (@astro_timpeake) December 25, 2015