Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini membandingkan kebebasan bersuara dengan undang-undang senjata api di Amerika Syarikat (AS).

“Orang Amerika berhujah bahawa hak memiliki senjata api termaktub dalam perlembagaan AS, justeru, ia tidak boleh dicabut.

“Melakukan tindakan itu (melarang penggunaan senjata api) bercanggah dengan perlembagaan.

“Bagaimanapun, ketika kamu berhak memiliki senjata api, tidak bermaksud kamu ada hak tembak seseorang tanpa alasan, seperti mempertahankan diri daripada serangan fizikal,” kata Salleh.

Menulis dalam blognya hari ini, Salleh berkata, begitu juga dengan kebebasan bersuara yang harus digunakan secara matang.

[Baca berita asal]