Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar membidas pihak-pihak tertentu termasuk ahli politik yang cuba menjadikan pengharaman vape sebagi isu perkauman dan politik.

Merujuk dakwaan, pemimpin NGO Melayu yang berkata BN akan kehilangan undi pada pilihan raya akan datang jika kerajaan mengharamkan vape, Sultan Ibrahim berkata baginda bosan dengan pelbagai pihak berkuasa di peringkat negeri dan persekutuan yang tidak boleh membuat keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan.

"Mereka mengheret kaki dan beberapa ahli politik membuat kenyataan bodoh seperti vape tidak perlu diharamkan kerana jutaan undi akan hilang dan kepentingan bumiputera akan terjejas.

"Ia isu kesihatan dan beberapa ahli politik yang tidak berfikiran panjang menjadikannya isu perkauman dan politik, ini adalah luar biasa," kata baginda kepada The Star ketika ditanya berhubung keputusannya mengharamkan rokok elektronik itu di Johor.

Baginda sebelum ini bertitah vape akan dilarang di Johor dan mengarahkan penutupan semua kedai-kedai vape di negeri itu berkuatkuasa 1 Januari, 2016.

Katanya, baginda telah melakukan kajian dan yakin dengan risiko kesihatan negatif akibat vape itu.

Larangannya itu, kata Sultan Ibrahim telah menerima sokongan padu terutama daripada ibu bapa dan kini menjadi ikutan di negeri-negeri lain.

"Setakat ini, semua mereka yang menentang menggunakan pendekatan perniagaan. Tidakkah anda ambil berat tentang kesihatan manusia?" soal baginda.

[Baca berita penuh]