Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3 bilik darjah sekolah Tamil di Nilai terbakar
Diterbitkan:  Dec 28, 2015 1:00 PM
Dikemaskini: 5:07 AM

Perbuatan khianat dipercayai menjadi punca tiga bilik darjah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Desa Cempaka di Nilai terbakar, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kejadian dipercayai berlaku pada jam 2.25 pagi melibatkan tiga bilik darjah di tingkat bawah yang terbakar 20 peratus.

"Balai Bomba dan Penyelamat Nilai menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.30 pagi pagi dan sebuah jentera bersama sembilan anggota tiba di tempat kejadian seminit kemudian.

"Pasukan bomba berjaya mengawal api 10 minit kemudian. Antara yang terbakar ialah sebahagian pintu, tingkap, bumbung, dinding serta buku dan fail. Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan bilik darjah itu daripada musnah terbakar.

"Kita tidak menolak wujud unsur khianat dalam kebakaran itu, namun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Siasatan masih dijalankan bersama pihak polis," katanya.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa memandangkan kebakaran berlaku semasa cuti persekolahan. Bagaimanapun, Ahmad Mukhlis berkata pihaknya masih menyiasat punca kebakaran.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS