Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kesucian akidah: Jakim pantau ‘Ustaz’ Youtube
Diterbitkan:  Dec 29, 2015 2:41 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengakui bahawa kepesatan teknologi maklumat pada hari ini, capaian atas talian terhadap maklumat berkaitan Islam amat mudah diperolehi sama ada dalam bentuk tulisan, gambar atau video.

Namun ketua pengarahnya, Datuk Othman Mustapha memberi jaminan pihaknya akan sentiasa memantau secara konsisten perkembangan ajaran agama yang disampaikan oleh penceramah termasuk di media sosial.

Dalam satu kenyataan media hari ini, katanya, Jakim akan bersikap terbuka dan sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan kerjasama dari pelbagai pihak bagi membanteras gerakan, aliran pemikiran atau aktiviti yang boleh menjejaskan kesucian akidah dan keharmonian hidup umat Islam di negara ini.

“Berkaitan dakwaan berkaitan isu ‘Ustaz’ Youtube (penceramah tanpa tauliah) yang membawa pemikiran tidak selari dengan aliran akidah Ahlussunnah Wal Jamaah, Jakim telah maklum berkaitan isu ini.

“Sekiranya terdapat perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang negara, Jakim akan bekerjasama dengan pihak Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri serta pihak-pihak berkuasa lain bagi mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Beliau juga berkata Jakim juga sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) bagi isu yang berkaitan dengan media baru dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi isu yang berkaitan dengan media elektronik.

Lihat Komen
ADS