Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Samy Vellu minta puak bertelagah MIC bertenang

Ketika perbalahan dalaman MIC berterusan, bekas presiden parti itu Datuk Seri S Samy Vellu meminta pemimpin parti yang bercakaran itu supaya bertenang.

"Penyelesaian (krisis MIC) tidak akan berlaku dengan segera. Semua pihak mesti bertenang.

"Dalam politik, lebih banyak kita bertenang, lebih cepat dapat penyelesaian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam perlu duduk semeja dengan kedua-dua pihak dan merumuskan satu penyelesaian kepada krisis itu.

Samy Vellu berkata beliau percaya bahawa isu berkenaan tidak akan berlarutan lama dan kemungkinan penyelesaian akan dicapai dalam tempoh tiga minggu.

MIC kini terlibat dalam perbalahan berlarutan antara penyokong Subramaniam dan penyokong bekas presiden Datuk Seri G Palanivel.

Palanivel disingkirkan pada bulan Julai lalu apabila beliau membawa perkara parti ke mahkamah. Keputusan itu membolehkan Subramaniam untuk mengambil alih tampuk parti berikutan pemilihan semula.

Walau bagaimanapun, penyokong Palanivel mendakwa ada konspirasi antara penyokong Subramaniam dan Pendaftar Pertubuhan untuk menggulingkan presiden parti itu.

Ini bagaiamanpun dinafikan oleh ketua pengarah Pendaftar Pertubuhan.

Sementara itu, Samy Vellu berkata beliau berhadapan situasi yang sama sebelum ini apabila mengambil alih jawatan presiden parti pada tahun 1979 tetapi menanganinya dengan mengadakan mesyuarat dengan pelbagai pemimpin cawangan dan peringkat negeri.

"Saya rancang. Saya duduk dengan semua pengerusi negeri, cawangan, dan saya pergi ke rumah mereka untuk bercakap dengan mereka, dan jadikan diri mereka penting.

"Perkara yang paling penting dalam politik adalah sentiasa fikir bahawa seorang lelaki lain adalah lebih penting daripada kita. Kemudian anda akan dapat sokongan besar daripada rakyat," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS