Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

1MDB menjual kepentingan 60 peratus miliknya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.

Majlis menandatangani perjanjian itu dengan dua rakan kongsi baru mereka diadakan di Royale Chulan Hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, kepentingan 60 peratus saham syarikat itu dijual kepada konsortium berkenaan pada nilai RM7.41 bilion manakala penilaian semasa Bandar Malaysia diletakkan pada RM12.35 bilion.

Sebaik perjanjian penjualan saham dimeterai, beliau berkata 1MDB akan menerima deposit sebanyak 10 peratus iaitu RM741 juta.

"IWH yang juga pemaju utama bagi bahagian Flagship A Koridor Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Iskandar adalah perkongsian awam-swasta antara Credence Resource Sdn Bhd (60 peratus) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40 peratus), yang dimiliki oleh kerajaan negeri Johor.

"Konsortium terbabit menilai penuh 100 peratus tanah Bandar Malaysia pada harga RM12.35 bilion. Nilai bersamaan 60 peratus tanah adalah RM7.41 bilion dan 1MDB dan menerima deposit 10 peratus atau RM741 juta selepas pelaksanaan perjanjian.

"Urus niaga transaksi ini dijangka lengkap menjelang hujung Jun tahun depan," katanya.

Hadir sama pada majlis itu adalah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS