Korban tsunami di Malaysia meningkat kepada 68 orang
Jumlah korban mangsa bencana tsunami yang melanda Malaysia minggu lalu, telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 68 orang manakala 299 lagi mengalami kecederaan.
Menurut pihak polis, dua korban terbaru ialah kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun dan wanita berusia 57 tahun kedua-duanya meninggal dunia selepas mengalami kecederaan sewaktu bencana tsunami yang melanda Kedah minggu lalu.
Sejumlah 52 orang terkorban di Pulau Pinang, 12 di Kedah, tiga di Perak dan seorang di Selangor.
- AFP