Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ucapan 'sedar diri' buat PM, Rosmah - penjawat awam dapat surat
Diterbitkan:  Jan 6, 2016 1:28 PM
Dikemaskini: 6:21 AM

Seorang kakitangan awam dilaporkan menghadapi masalah berikutan posting di Facebook yang menyentuh mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) itu didakwa menerima surat tunjuk sebab selepas menulis bahawa azam tahun barunya adalah supaya perdana menteri dan isterinya "sedar diri".

Selain itu kakitangan itu juga meminta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan agar tidak asyik membuat "lawak bodoh".

Surat tunjuk sebab bertarikh 4 Januari itu dikatakan tersebar di media sosial dan ditandatangani oleh pegawai Kemas Kuantan Ahmad Mazuki Salleh.

Surat itu menyatakan posting Facebook itu boleh menyebabkan persepsi negatif dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu boleh mencemarkan reputasi KEMAS, kerajaan dan perkhidmatan awam.

Tinjauan Malaysiakini mendapati laman Facebook milik kakitangan itu telah dinyahaktifkan.

Dipercayai kakitangan itu bekerja di sebuah tadika KEMAS di Kuantan. Beliau juga diberi tempoh tujuh hari untuk memberikan jawapan atau menghadapi tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).

Malaysiakini cuba menghubungi Ahmad Marzuki, Ketua KEMAS Pahang Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi dan Pengarah KEMAS Hassan Mohd Amin untuk mendapatkan komen.

Ahmad Mazuki dan Hassan gagal dihubungi, sementara Ahmad Fakhrul pula bercuti sehingga Isnin depan.

Bagaimanapun, seorang kakitangan KEMAS Pahang mengesahkan perkara itu masih disiasat dan berkata surat tunjuk sebab itu adalah sahih.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS