Seorang penyokong BN yang lantang hari ini tampil mempertahankan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan yang dibidas teruk berhubung cadangan "dua pekerjaan" yang dibuatnya.

"Cadangan untuk membuat dua pekerjaan adalah untuk mempertingkatkan pendapatan... ini dipanggil tambah nilai dan bukan membebankan rakyat," kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin di Twitter.

Katanya, cadangan Ahmad mengenai cara meningkatkan pendapatan rakyat yang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup adalah nasihat bernas. Beliau menyangkal idea itu akan menjadi beban kepada orang ramai.

Ahmad dibidas pelbagai pihak berhubung kenyataannya dan ramai yang beranggapan pemimpin Umno itu tidak sensitif dengan rintihan rakyat yang terpaksa berdepan dengan kenaikan kos hidup.

Ada yang menegaskan bahawa melakukan dua pekerjaan bukan sesuatu yang baru tetapi sememangnya ia mungkin tidak cukup untuk golongan berpendapatan rendah untuk mengharungi keadaan ekonomi yang semakin teruk hari ini.

[Baca berita penuh]