Aktivis reformasi Indonesia Mugiyanto dihalau pulang
Aktivis reformasi Indonesia Mugiyanto dihalau pulang setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) hari ini.
Perkara ini dinyatakan oleh BERSIH dalam satu tweet.
"BREAKING: Panelis forum #YellowMania malam ini, Sdr Mugiyanto ditahan di KLIA2 dan dihantar pulang. @saifuddinabd @Ambiga_S, petik tweet itu.
Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdulah, yang disebut dalam tweet itu kemudian bertanya, "Atas alasan apa dia diperlakukan demikian?”
Mugiyanto dijadualkan berucap di forum #YellowMania anjuran kumpulan NGO reformasi pilihan raya bertajuk "gerakan rakyat boleh bawa perubahan" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala L:umpur dan Selangor, malam ini.
Mugiyanto, yang merupakan seorang pemimpin pelajar semasa pergerakan reformasi anti-Suharto pada tahun 1998 membantu menganjurkan tentangan pelajar yang bertindak ‘orde baru’ terhadap rejim Suharto.

