Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mufti Perlis: Isu bauksit perlu perhatian serius berbanding vape
Diterbitkan:  Jan 8, 2016 6:33 AM
Dikemaskini: 10:37 PM

Isu pencemaran kegiatan perlombongan bauksit seharusnya diberi perhatian lebih serius berbanding isu penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape, kata Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata isu berkaitan pencemaran bauksit adalah lebih berbahaya dari penjualan dan penggunaan vape.

"Apakah munasabah Islam hanya mengharamkan vape, tetapi mendiamkan diri dalam isu yang jauh lebih besar dan bahaya?

"Alangkah baiknya, jika isu bauksit ini diberikan perhatian lebih daripada isu vape itu," " katanya dalam catatan laman Facebook beliau semalam.

Beliau turut melahirkan rasa dukacitanya apabila ilmuan agama seolah-olah memandang sepi aktiviti perlombongan bauksit sehingga mengancam manusia, alam, tumbuhan dan haiwan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS