Akibat layari Facebook, suami tikam isteri 17 kali
Global I Akibat sering melayari Facebook, seorang wanita ditikam sebanyak 17 kali oleh suaminya.
Perbuatan itu dilakukan kerana suaminya merasa terabai dan tidak dihiraukan selain mendakwa tidak tahan dengan sikap isterinya itu.
Lelaki tersebut ditahan selepas menerima laporan dari abang mangsa yang mendakwa adiknya ditikam beberapa kali di kediaman mereka yang terletak di Timur Mesir lapor Emirates 24/7.
"Suami wanita itu bertindak membunuh mangsa kerana tidak tahan dengan sikap isterinya yang lebih suka melayari laman Facebook berbanding melayaninya dan tidak menghiraukannya," kata polis kepada akhbar tempatan negara itu.
Sementara itu, dalam laporan stesen TV tempatan, ibu mangsa berkata, anaknya itu tetap meneruskan perkahwinan dengan lelaki itu walaupun dia tidak merestuinya.
"Saya tidak menghadiri perkahwinan dia. Saya hanya melihatnya pada hari pengebumiannya," beliau dilaporkan sebagai berkata.

