Vida: Alhamdulillah, tapi saya terkejut
Diterbitkan: Jan 8, 2016 8:19 PM | Dikemas kini: Jan 8, 2016 10:13 PM
Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza bersyukur dilantik sebagai penasihat kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Beliau bagaimanapun berkata terkejut dengan langkah persatuan itu hari ini setelah pertemuannya dengan Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa.
"Alhamdulillah, walaupun saya terkejut sebab tak pernah terfikir pun untuk dilantik sebagai penasihat kehormat Kafa.
"Sebenarnya dua syarat utama yang saya kemukakan sebelum ini bukan sekadar gimik dan mahu mencari publisiti murahan," katanya.
Jutawan kosmetik itu berkata, beliau optimis untuk membuat anjakan kepada pasukan Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.
[Baca lanjut di ruangan sukan]
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.