GLOBAL Seorang lelaki diberkas kerana dipercayai membuat perjalanan kira-kira 24 jam dari North Dakota ke Washington, Amerika Syarikat semata-mata untuk menculik anjing Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama.

Keluarga Obama dipercayai memiliki dua anjing jenis Portuguese water dog yang bernama Bo dan Sunny.

Menurut laporan Mahkamah Washington DC, suspek bernama Scott Stockert ( gambar ) itu diperiksa polis di sebuah hotel setelah menerima laporan beliau ke ibu negara AS bagi menculik anjing Obama.

Pihak berkuasa negara itu menangkap Stockert setelah menemui senjata tidak berdaftar berupa – senapang, peluru dan parang – dalam kenderaannya, lapor Dailymail .

Dokumen tersebut turut menyebut Stockert mengaku bahawa beliau adalah Jesus manakala ibu bapanya merupakan bekas presiden AS John F Kennedy dan pelakon legenda Marilyn Monroe.

Malah berkata, beliau ke Washington bagi mengumumkan pencalonan dirinya sebagai presiden.

Stockert dibebaskan dari tahanan pada Jumaat lalu tetapi pergerakannya terus dipantau pihak berkuasa.

Beliau didakwa menghidap penyakit skizofrenia dan bipolar.