Monyet gagal dapat hak cipta gambar 'selfie' sendiri
GLOBAL Seekor monyet bernama Naruto gagal mendapat hak cipta ke atas gambar yang dirakamnya sendiri.
Perkara itu diputuskan Mahkamah Amerika Syarikat selepas mempertimbangkan saman yang d ibuat oleh kumpulan hak asasi haiwan bagi pihak monyet jenis Makaka Berjambul itu.
Alasan utama monyet itu gagal memperoleh hak cipta atas gambar itu adalah karena dia bukan manusia lapor huffingtonpost.co.uk .
Kumpulan yang dikenali sebagai People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) membawa kes tersebut ke mahkamah pada September lalu, mewakili monyet hitam yang berusia tujuh tahun itu.
Gambar selfie itu disiarkan jurugambar warga British, David Slater menerusi buku hidupan liar yang dihasilkannya.
Naruto telah merakam sendiri gambar wajahnya dengan menggunakan kamera yang ditinggalkan Slater ketika berada di kawasan hutan simpan Indonesia pada 2011.
PETA mendesak supaya monyet itu mendapatkan hak atas gambar itu dan menerima pampasan yang dapat digunakan bagi menjaga habitat haiwan itu.
Sementara Peguam PETA Jeff Kerr berkata, walaupun kecewa dengan keputusan itu, tetapi hal tersebut dapat diraikan kerana ia merupakan sejarah dalam perundangan.
"Untuk pertama kalinya kami mempertahankan hak haiwan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Tahun lalu, gambar selfie Naruto tersebar dan mendapat kritikan berbagai pihak sehingga menyebabkan saman dikemukakan terhadap Slater.

