Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Syarikat Malaysia, Isomeric Holdings Sdn Bhd, telah memeterai satu perjanjian dengan rakan kongsinya di India yang berpejabat di Andhra Pradesh, LEPL Renergy Pvt Ltd bagi projek regasifikasi dan terminal simpanan terapung bernilai US$500 juta (RM2.2 bilion).

Projek itu terletak di Pelabuhan Krishnapatnam di Andhra Pradesh.

Majlis pemeteraian yang diadakan di luar Sidang Kemuncak Perkongsian 2016 di Hyderabad, turut disaksikan oleh Duta Khas Infrastruktur Malaysia Ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S Samy Vellu ( gambar ) dan Ketua Menteri Andhra Pradesh, N Chandrababu Naidu.

Projek itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat tujuan khas (SPV), Petrogas Pvt Ltd yang merupakan perkongsian antara konsortium Malaysia (74 peratus) dan LEPL (26 peratus) bagi pembekalan gas cecair asli (LNG) untuk Andhra Pradesh dan negeri di sekitarnya.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang juga antara pengeluar LNG terbesar dunia, akan membekalkan produk itu bagi tempoh selama 25 tahun.

Fasa pertama projek itu dijangka selesai pada awal tahun depan dan diunjur memberi pulangan tahunan sebanyak US$50 juta (kira-kira RM220 juta).

- Bernama

Lihat Komen
ADS