Himpunan depan IPD: 4 ditahan polis
Polis menahan empat individu, termasuk setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) A Sivarajan selepas semalam mereka terlibat dalam acara nyalaan lilin di luar ibu pejabat polis daerah Johor Baru Utara.
Aktivis PSM E Nalini memberitahu Malaysiakini , mereka ditahan lewat petang ini kira-kira 15 minit setelah polis membebaskan anggota jawatankuasa parti itu Khairul Nizam Abdul Ghani.
Turut ditahan dua anggota PSM Silvarajah Erusam dan Saiful Adli Jamian selain anggota kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Mohd Afiq Ayob.
Nalini berkata mereka ditahan bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman kerana terlibat dalam acara menyatakan setiakawan dengan Khairul Nizam.
Malaysiakini difahamkan kira-kira 20 orang terlibat dalam acara itu.
Sivarajan dibebaskan kira-kira dua jam selepas ditahan selepas beliau didapati tidak terlibat dalam acara semalam.
Tiga lagi masih ditahan.

