Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS, AMANAH bersama kutuk pertandingan ratu cantik
Diterbitkan:  Jan 12, 2016 12:21 PM
Dikemaskini: 4:24 AM

PAS dan parti serpihannya, AMANAH mungkin bertelagah sesama mereka, tetapi kedua-duanya mencapai titik persamaan dalam membidas kerajaan negeri Melaka kerana membenarkan penganjuran pertandingan ratu cantik di negeri ini.

Kedua-dua,ketua Dewan Muslimat PAS, Melaka, Kintan Man dan ketua wanita AMANAH, Mahani Othman Basir menyelar pertandingan Miss Tourism 2015/2016 itu sebagai 'mengeksploitasi wanita’.

“Dewan Muslimat yang mendukung dasar PAS iaitu Islam membantah sekeras-kerasnya penganjuran program tersebut.

“Sesungguhnya Islam mengangkat lagi memartabatkan maruah wanita,” kata Kintan dalam satu kenyataan media sambil menambah bahawa terbukti melanggar syariat Allah.

Mahani pula kenyataan berasingan, semalam mempersoalkan kehadiran Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron pada majlis itu.

"Jelas sekali pertandingan Miss Tourism ini haram di sisi Islam kerana pakaian yang menjolok mata, tidak sopan dan hadirin pula terdiri dari kaum lelaki dan wanita.

"Lebih malang lagi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sendiri turut hadir memeriahkan acara tersebut," katanya.

Sehubungan itu, Mahani mendesak kerajaan negeri Melaka memohon maaf khususnya kepada semua wanita di negeri itu kerana menggalakkan program sumpama itu.

Miss Tourism World adalah acara antarabangsa yang sebelum ini pernah diadakan antaranya, di Venezuela, Equatorial Guinea dan Thailand.

Pemenang Miss Tourism World tahun ini yang diadakan di Melaka akan dimahkotakan pada Sabtu ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS