Seorang pengawal keselamatan di sebuah institusi pendidikan Shah Alam dilaporkan telah dipecat kerana menggunakan label "keling" terhadap sekumpulan pelajar India.

Sekurang-kurangnya dua video yang dirakamkan menerusi telefon bimbit menunjukkan kakitangan institusi pendidikan itu mendesak lelaki berkenaan supaya memohon maaf.

Video berkenaan kemudiannya tersebar luas di internet dan semasa laporan ini ditulis ia mendapat 13,000 tontonan.

Bagaimanapun, kejadian pengawal keselamatan melemparkan ungkapan sensitif itu tidak ada dalam rakaman video berkenaan.

Istilah "keling" dianggap sebagai satu penghinaan di kalangan masyarakat India.

Dalam satu kenyataan hari ini, bendahari MIC Vell Paari berkata pengawal yang terbabit itu sudahpun dipecat.

"Politeknik telah memecat pengawal keselamatan yang terlibat.

"Ini akan menjadi pengajaran kepada mereka yang cuba merosakkan keharmonian negara di kalangan rakyat Malaysia," katanya, selepas sekumpulan pemimpin MIC Selangor melawat institusi itu.

Bagaimanapun, kejadian pengawal keselamatan melemparkan ungkapan sensitif itu tidak ada dalam rakaman video berkenaan.

Istilah "keling" dianggap sebagai satu penghinaan di kalangan masyarakat India.

Walaupun apa yang berlaku secara khusus semasa kejadian itu adalah tidak jelas, tetapi berdasarkan maklumat ringkas di media sosial difahamkan sekumpulan pelajar India telah meminta kebenaran daripada seorang pengawal keselamatan untuk menyiapkan projek mereka.

Semasa menyiapkan projek mereka, seorang lagi pengawal keselamatan menegur pelajar tersebut dan menyoal apa yang mereka lakukan di sana dan didakwa memanggil sekurang-kurangnya seorang daripada mereka sebagai "keling".

Tindakan itu mencetuskan kemarahan pelajar berkenaan.

Ini disusuli dengan pertikaman lidah dan wakil institusi itu dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan. Mereka cuba campur tangan untuk menyelesaikan masalah itu.

Namun tidak jelas bagaimana rundingan kesimpulan itu berakhir kerana rakaman video berkenaan adalah tidak lengkap.

[Baca berita penuh]